Rabu, Disember 01, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Hari ini Semut sempat berbual dengan seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato Ho Khai Mun.

Beliau yang juga merupakan ADUN Bilut memegang portfolio Luar Bandar dan Kerajaan Tempatan.

Beliau mempersoalkan mengenai penggunaan bahasa 'Budget' yang biasa disebut setiap kali membentangkan perbelanjaan, sama ada bagi peringkat Negeri mahupun di peringkat Kerajaan Pusat.

Budget biasanya dibentang pada hujung tahun turut mengambil kira perbelanjaan sepanjang tahun sebelumnya. Ini kerana budget yang dibentangkan adalah untuk tahun akan datang.

Maka persoalannya, mengapa perkataan Defisit boleh digunakan bersama - sama perkataan budget sedangkan budget adalah anggaran perbelanjaan dimasa akan datang?

Renungkan. Adakah setiap orang yang membuat perancangan agar mereka rugi dan mengalami defisit? Tak logik.

Sepatutnya, perbelanjaan yang terlebih yang dilakukan tahun sebelumnya yang biasa dirujuk sebagai defisit tidak mungkin berlaku dalam pembentangan budget.

Jadi, bagaimana mungkin wujudnya budget defisit? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping