Rabu, Disember 01, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Kalau sebelum ini, beria sangat Menteri Besar Selangor tu ajak seluruh penduduk dan masyarakat Selangor bersama - sama beliau menyerahkan memorandum bantah isu air Selangor kepada Yang DiPertuan Agong.

Spekulasi yang dibuat oleh beberapa orang blogger sebelum ini telah mendakwa bahawa tindakan Menteri Besar itu jelas membelakangkan Sultan Selangor sendiri.

Ianya logik diterima akal kerana isu Air Selangor ini bukan hanya isu Kerajaan Persekutuan tetapi turut melibatkan Kerajaan Negeri.

Kalau beliau boleh membawa memo kepada Yang DiPertuan Agong, maka satu Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) turut akan mengambil tindakan yang sama.

Pengerusi GAPS, Hamizun berkata hampir 2000 orang akan menyertai perarakan menghantar memo kepada Sultan Selangor di istana Bukit Kayangan Jumaat ini.


GAPS merupakan gabungan 50 badan NGO termasuk Majlis Belia Selangor, PERKASA Selangor dan persatuan - persatuan dari kaum cina dan Insia yang ditubuhkan sejak dua bulan lepas.

Memorandum itu turut menyenaraikan 30 penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh Kerajaan Selangor termasuk pembaziran wang rakyat membeli hutangSyarikat Talam Corporation, rampasan tanah rakyat YBK, salah guna wang Yayasan Selangor dan kegagalan menguruskan bekalan air Negeri.

Jadi Semut rasa tak salah kalau GAPS membuat tindakan tersebut sebab Menteri Besar yang mula - mula buat. Apa - apa berlaku, Menteri Besar juga perlu dipertanggungjawabkan. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping