Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tidak cukup lagikah tempoh masa yang telah diberikan kepada mereka untuk memerintah? Sejauh mana keberkesanan sebenar pentadbiran Kerajaan dibawah pimpinan mereka?
Mungkin ini diantara persoalan yang sering berlegar - legar dalam kepala setiap rakyat tatkala membicarakan agenda 100 hari Pakatan Pembangkang.
Renungkan sejenak. Mereka kata mereka ada 10 agenda utama yang hendak dilaksanakan dalam tempoh 100 hari. Bermakna, 1 Agenda memerlukan 10 hari untuk dilaksanakan.
Padahal agenda pertama mereka kononnya hendak membersihkan pemimpin, pegawai serta kakitangan kerajaan yang didakwa terlibat dengan rasuah.
Dalam erti kata lainnya, 10 hari pertama mereka memerintah ialah dengan menggantikan kakitangan sedia ada dengan kroni - kroni mereka.
Tidak hairan kenapa ramai pemimpin dan pemerhati politik termasuk orang awam mempertikaikan resolusi mereka itu. Ianya tidak masuk akal.
Pada ketika ini, berapa banyak Negeri yang sudah berada dibawah pentadbiran mereka? Berapa banyak tempoh yang telah diberikan kepada mereka untuk memperjuangkan rakyat?
Bukan setakat 100 hari, tetapi 730 hari!!! Satu angka yang jauh lebih banyak dari yang mereka tuntut. Namun, sehingga hari ini, mereka masih juga gagal melaksanakan tugas dan menunaikan janji - janji Pilihanraya yang lalu.
Kini kita dapat lihat mereka mula mengelabah mencari kambing hitam untuk dipersalahkan agar janji - janji sedia ada tidak dituntut oleh rakyat.
Jadi, mereka nak jelaskan apa lagi? Kalau dalam tempoh 730 hari pun mereka masih gagal melaksanakan janji - janji tersebut, inikan pula 100 hari. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Ps: Konklusi mudahnya, Anwar menjanjikan perkara baru kerana janji 16 Septembernya sebelum ini terbukti GAGAL.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.