...Sejauh Mana Dakwah Islam Mereka???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Satu persoalan timbul sewaktu Semut duduk berbicara dengan rakan - rakan mengenai isu - isu semasa hari ini sangat menarik perhatian.
Suatu ketika dahulu, Negara sedang hangat memperkatakan mengenai cadangan si Ketua Penipu untuk menjadikan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Presiden turut diulas oleh Nik Aziz.
Mursyidul Am PAS itu menyatakan bahawa Pakatan Pembangkang lebih betuah dari Barisan Nasional kerana adanya PAS.
PAS, kata beliau akan bertindak sebagai penasihat dan mampu menegur barisan komponen Pakatan jika ada sebarang kesilapan yang dilakukan oleh mereka.
Hairan bukan dengan kenyataan Nik Aziz itu? Beliau kata PAS mampu menegur DAP dan PKR jika mereka memerintah kelak.
Tetapi mereka tidak mampu menegur UMNO dengan cara yang sama? Kenapa? Adakah PAS hanya mempu menegur mereka yang jahil sahaja?
Kenapa mereka tidak mampu untuk menegur sesama Islam? Tetapi sebaliknya mereka menjadikan umat yang seagama dengan mereka sebagai musuh?
Ironik pendirian dan perjuangan Islam yang jelas retorik menjadi dasar perjuangan PAS. Sampaikan yang benar pun sanggup mereka tolak.
Malah maruah Islam itu juga turut digadaikan semata - mata untuk mendapat kuasa. Adakah ini caranya mereka mahu Membangun Bersama Islam sedangkan yang sedia Islam itu mereka tinggal dan terus pinggirkan? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.