Khamis, Disember 16, 2010

...Yang Dia Mengelabah Tak Tentu Arah Kenapa???...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Seperti yang Semut katakan sebelum ini, sepatutnya kita berasa hairan dengan sikap dan tingkah laku Anwar Ibrahim.

Bukan dengan tindakan ayah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang memohon kerjasama Yang DiPertuan Agong agar kes anaknya dapat dipercepatkan.

Mana tidaknya. Dakwaan yang dibuat oleh Anwar mengenai pendedahan Wikileaks terhadap 'aktiviti' beliau katanya tidak benar.

Beliau berulang kali menyatakan bahawa pendedahan itu tidak ada asas dan tiada bukti yang sah mengenai pendedahan tersebut. Ini beliau sendiri kata dalam twitternya sebelum ini.

Tapi yang hairannya, kenapa pula beliau mencabar Datuk Seri Najib mengenai pendedahan yang dibuat oleh laman web tersebut?

Beliau mendakwa Datuk Seri Najib cuba mempertahankan kerajaan BN yang sedang dipimpin daripada tumbang kerana bimbang didakwa dimahkamah berikutan pendedahan WikiLeaks sebelum ini.

Beliau turut mempersoalkan media arus perdana kerana sengaja memadamkan dakwaan skandal berkenaan seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks itu.

Beliau juga turut mencabar Datuk Seri Najib sama ada berani atau tidak mencabar Singapura agar membuktikan dakwaan itu.


Kan pelik. Bukankah beliau yang mula - mula menolak dakwaan WikiLeaks itu dengan mengatakan ianya tidak benar?

Habis buat apa beliau mengadakan Sesi Jelajah untuk menjelaskan perkara yang tidak benar? Macam beliau takutkan sesuatu sahaja? Betul atau tidak?

Sepatutnya Sesi Jelajah sedang berlansung sekarang perlu diubah kepada Sesi Gelabah sebab jelas beliau jadi tak tentu arah akibat pendedahan WikiLeaks itu sebelum ini. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

1 ulasan:

  1. Salam bro.. mohon dipautkan ke laman blog bro

    blog yang menarik dan isi isi yang bernas

    http://pantausblog.blogspot.com

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping