Khamis, Disember 16, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ini baru dikatakan pemimpin berjiwa rakyat. Tidak kira apa keadaan sekali pun, rakyat tetap didahulukan.

Gambar ini Semut ambil dari laman sosial milik YB Wan Salman, ADUN Jengka Pahang Darul Makmur.

Jelas kelihatan Dato Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Besar Pahang yang sudi meluangkan masa bersama rakyat walaupun dalam keadaan hari hujan.

Malah, beliau dan anggota pemimpin lain dari Pahang turut duduk bersila atas pentas bagi menambahkan lagi kemesraannya dengan penduduk setempat.

Alahai. Sejuk hati Semut melihat gambar ini. Jelas membuktikan bahawa kepimpinan Dato Sri Diraja mampu membawa perubahan.

Tidak seperti sesetengah pemimpin lain yang kelihatan retorik memperjuangkan rakyat kononnya tetapi masih juga duduk bersembang dengan rakyat atas kerusi empuk.

Tahniah Semut ucapkan kepada Dato Sri Diraja dan juga pemimpin - pemimpin Pahang kerana mahu membawa perubahan sebegini. Yang lain bagaimana? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping