Sabtu, Disember 25, 2010

...Bagi Air Liur Je Yang Dia Mampu...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Berbicara mengenai Felda bersama beberapa orang rakan Semut sebelum ini jelas memberi gambaran bahawa sewajarnya golongan Peneroka itu perlu rasa syukur.

Apa tidaknya. Cuba bandingkan manfaat yang mereka perolehi jika hendak dibandingkan dengan orang lain di Negara ini.

Jelas terbukti nasib mereka lebih terbela dan banyak mendapat kelebihan dari golongan biasa yang tidak hidup dikawasan Felda.

Sebagai contoh. Mereka diberi tanah, rumah, elaun dan bantuan untuk anak - anak ke sekolah. Tetapi bagi orang lain, mereka terpaksa berhempas pulas mencari nafkah untuk menyara kehidupan seharian.

Seperti guru. Mereka perlu mengharungi pelbagai lapisan terlebih dahulu semata - mata untuk mendapatkan rezeki dan kemudian terpaksa pula mencari alternatif lain untuk mendapatkan bantuan pelajaran anak - anak mereka.

Sebaliknya peneroka sudah diberi kemudahan - kemudahan tersebut termasuk latihan kemahiran dan sekolah khas untuk anak - anak mereka. Bantuan juga termasuk pembiayaan ke Univesiti dan sebagainya.

Hari ini, Kerajaan telah meluluskan bonus insentif kepada peneroka sebanyak RM100.9 juta bagi menghargai sumabngan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah Negara.

"...Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara..."

Pembayaran Bonus Intensif Produktiviti Peneroka 2010 tersebut akan dibuat di Pejabat Rancangan bermula Januari 2011.

Anak - anak Felda yang ada hari ini juga sudah banyak yang berjaya. Termasuklah si Mazlan Aliman sendiri. Tetapi apa pulangan mereka yang berjaya ini kepada Felda? Ucap terima kasih pun tidak. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

4 ulasan:

  1. Mazlan nak bagi bonus....
    Bagi sungai bonos adalah...
    Hingus meleleh nak cakap besar . Pirahhhhh

    BalasPadam
  2. Salam kpd semua Masyarakat Peneroka serta ahli keluarga mereka. Syukur alhamdulillah berkat usaha gigih serta kerja keras, hari ini nasib keluarga Felda jauh lebih baik jika dibandingkan dgn mereka yg suatu ketika dulu menolak malah memperlekehkan usaha Felda.Hari ini org2 ini masih lagi tidak puas utk menafikan rezeki yg Allah turunkan melalui Felda.Usaha2 mereka nak menjahanamkan Felda yg dimiliki oleh sebahagian besar org2 Melayu dan Islam sangat2 merbahaya. Awas di belakang mereka terkumpulnya buaya2 ahli-ahli DAP ( bil besar ahlunya ) utk membaham tanah2 org Melayu dan Islam ini apabila telah menjadi milik persendirian. Anwar Ibrahim dan juak2nya hanya menjadi broker kpd jual-beli yg bakal berlaku selepas itu.Perut2 mereka juga yg akan besar makan komisen dan peneroka akhirnya makan hati dan makan angin setelah tanah2 mereka tergadai.Awas tipu daya PKR & DAP dan PAS ikut menjadi petualang yg menjahanamkan Melayu dan Islam. Inikah Perjuanagn Suci mereka?

    BalasPadam
  3. Najib pun jadi-jadilah duk ambil hati orang Felda tuh hak dah beri tu pun dah lebih dari yang patut. Tak payahlah duk mengalah-galah sangat dengan orang Felda tu selama ni pun bukannya dikenang sangat makin naik kepala adalah...! masih banyak lagi rakyat lain yang perlu dibantu. kalau orang Felda saja yang mengundi Najib, boleh menang ke? Fikir-fikirkan lah!...

    BalasPadam
  4. Dan membuat tuntutan demi tuntutan. Dan Felda akan bayar dengan menggunakan wang yang ada yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan semua peneroka. Oleh kerana segelintir yang terpengaruh itu membuat tuntuntutan maka banyaklah dapat kat mereka. Adilkah bagi yang lain lain ???

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping