Sabtu, Disember 25, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Syukur, Alhamdulillah. Masalah teknikal yang dihadapi Semut malam semalam telah dapat diselesaikan hari ini. Maka perjuangan boleh diteruskan.

Membuka sahaja blog, Semut dapat perhatikan bahawa Pakatan Pembangkang masih tidak mengubah pendirian mereka. Tetap dengan kaedah putar belit.

Sebelum ini, laporan dalam akhbar menyatakan cabaran yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap si Ketua Penipu itu semalam.

Beliau mencabar Anwar untuk melaksanakan Bonus RM500.00 kepada setiap kakitangan kerajaan di Negeri Pakatan Pembangkang untuk membuktikan bahawa mereka mampu melakukannya.

Tetapi hari ini, nampak gayanya Menteri Besar Kelantan yang paling awal menyatakan bahawa mereka tidak mampu untuk melakukannya. Walhal, resolusi itu sendiri mereka yang buat.

Kata Nik Aziz, resolusi 100 hari Pakatan Pembangkang itu hanya akan dilaksanakan setelah mereka mengambil alih pentadbiran Negara

"Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... tunggulah dulu,” katanya kepada pemberita.

Patutlah janji - janji yang mereka taburkan dalam pilihanraya yang lalu tidak satu pun dilaksanakan. Alasannya, "Er...kami belum memerintah Negara. Jadi semua janji sebelum ini kami tak boleh nak tunaikan. Tunggulah dulu."

Nak tunggu apa lagi? Buktikan bahawa mereka mampu laksanakan perkara itu diperingkat Negeri dahulu. Kenapa tak boleh? Kenapa perlu tunggu?

Nampak sangat retoriknya pendirian mereka. Kalau dalam pentadbiran kecil pun mereka tidak mampu nak tunaikan janji, inikan puladalam skala yang lebih besar? Wallahualam

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. lu tgk link kat bawah ni
    perkasa tibai sultan kelantan ke ?
    http://thekelantanoutsider.blogspot.com

    BalasPadam
  2. tanpa nama 20.35

    komen anda takde kene mgena dgn artikel blog ini.harap maklum

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping