Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Salam Maal Hijrah 1432H. Dikesempatan ini Semut ingin membicarakan sedikit mengenai Hijrah.
Takrif hijrah yang biasa kita dengar dari segi sejarahnya mengenai Perpindahan Umat Islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Secara ilmiahnya, Hijrah diterjemahkan sebagai perpindahan dari yang buruk atau sedia ada kepada sesuatu yang lebih baik.
Maka bagi Semut, hijrah juga perlu dilihat dari pelbagai aspek dan spektrum kehidupan manusia secara maknawinya.
Diantara pecahan Hijrah yang boleh kita ketengahkan adalah dari segi Iman. Hijrah Iman ini merujuk kepada peningkatan keimanan seseorang manusia kepada Allah S.W.T. Oleh yang demikian, sama - samalah kita tingkatkan Iman dan Taqwa kepada Rabbul Jalal.
Hijrah lain yang perlu diberi penekanan adalah dalam aspek Ilmu. Sesungguhnya pesan Imam Al Syafie:
"Seandainya kita ingin berjaya dalam Kehidupan Dunia, Perlu ada Ilmu. Seandainya kita ingin berjaya di alam Akhirat juga perlu ada Ilmu. Untuk berjaya dalam kedua - duanya juga kita Perlu ada Ilmu".
Maka penghijrahan dari segi Ilmu juga penting kerana dengan Ilmu maka akan bertambahlah Iman kita kepada Allah Ta'ala.
Amalan dan akhlak juga memerlukan penghijrahan dariyang sedia ada kepada yang lebih baik. Sesungguhnya amalan yang baik akan mencorakkan keperibadian yang baik. Begitu juga dengan akhlak setiap manusia.
Maka, Semut menyeru agar kita dapat bersama - sama menguatkan Iman, Ilmu dan Amal kita serta menghayati makna sebenar Hijrah dalam kehidupan harian kita.
Semoga kita bersama - sama beroleh syafaat dan keberkatan dari Allah S.W.T. Insya Allah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.