Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Keputusan Anwar yang digantung dari menghadiri sidang Parlimen selama 6 bulan telah pun selesai ditetapkan kemudian.
Walaupun masih ada 'bunyi - bunyi' sumbang dari Pakatan Pembangkang, ianya jelas tidak dapat mengubah keputsan tersebut.
Malah turut didakwa bahawa Anwar GAGAL mempertahankan dirinya berkenaan isu Apco yang disebutnya sebelum ini juga sudah dijelaskan.
Bukan sekali, tetapi dua kali beliau diberikan ruang dan peluang untuk menjelaskan perkara tersebut juga GAGAL dilaksanakan beliau. Beliau bagaimanapun enggan menarik balik tuduhan yang dibuatnya itu.
Maka, sudah ternyata. Si Ketua Penipu itu sebenar - benarnya menipu dalam dakwaan mengenai kaitan Apco yang dibelakangi Israel dan kaitannya dengan slogan 1Malaysia.
Perkembangan terkini mengenai keputusan ini juga, Inkues Teoh Beng Hock pula akan ditentukan pada 5 Januari depan.
Koroner Azmil Mustafa yang mendengar inkues tersebut sejak 29 Julai menetapkan tarikh tersebut selepas membenarkan kedua - dua pihak memfailkan hujahan balas selewat - lewatnya 27 Disember ini.
Sepanjang inkues tersebut, seramai 37 orang saksi telah dipanggil termasuk pegawai SPRM dan juga Dr Pornthip Rojanasunand, Pakar Patologi Thailand.
Maka dengan itu, bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin bolehlah menarik nafas lega selepas beliau 'bertafakur' seketika bagi mengenang hari kematian bekas Setiausaha Politik DAP itu.
Persoalan yang tinggal hanyalah mengenai kes si Ketua Penipu itu dimahkamah. Bila pula beliau akan menyelesaikannya? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Nizar tu nak masuk agama buddha kot ekkkk?tengok cara dia pegang dan bertafakur ada cara nak masuk agama lain.......
BalasPadamBro, mari kita 'sokong' cadangan PKR mengambil tindakan saman ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Biar rakyat tahu sape yg di pihak benar, dan sape yg di pihak x berkata benar.
BalasPadamBiar di mahkamah nnt terbongkar suma dakwaan berok2 parlimen PR kononnya anuaww langsung x diberi peluang utk berikan bukti atas dakwaan fitnahnye tuh.
Ayuh bro, kita sokong beramai2, semoga kes saman tuh nanti dijalankan dengan segera tanpa ade siri penangguhan dr pihak speaker mahupun dari pihak ANUAAWW nnt.