Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Betullah dakwaan yang dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional Kebangsaan baru - baru ini mengenai sifat Pakatan Pembangkang ini kuat meniru.
Laporan hari ini menyatakan DAP telah membuat keputusan untuk menangguhkan Kongres Pemilihan parti tersebut.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan mereka akan menundakan pemilihan yang disepatutnya berlansung pada tahun 2011 ke tahun 2012 bagi memberi perhatian kepada Piliharaya Umum akan datang.
Beliau turut menyatakan bahawa keputusan tersebut dalam mesyuarat jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP baru - baru ini.
Jawatankuasa tersebut menimbangkan perkara itu berikutan pengumuman yang dibuat oleh komponen Barisan Nasional iaitu UMNO dan MCA mengenai pemilihan mereka.
Nampak sangat mereka takut menghadapi pemilihan parti kerana melihatkan kemusnahan yang dialami oleh PKR sebelum ini. Mungkin itu juga sebab kenapa mereka mengambilkeputusan tersebut.
Jelas dengan ini juga membuktikan bahawa kepimpinan Pakatan Pembangkang itu tidak ada idea dan pendekatan baru yang boleh mereka laksanakan.
Jadi bagaimana mereka layak menjadi pemimpin kalau nak bergerak sendiri pun tidak ada idea dan perancangan sendiri serta asyik meniru kerja orang lain? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.