Rabu, Disember 15, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Berikutan isu penggantungan Ahli Parlimen Permatang Pauh dari menghadiri sesi Dewan Rakyat yang dikatakan bakal diadakan pada hari khamis ini, 3 lagi Ahli Parlimen turut berkemungkinan digantung.

Tiga ahli Parlimen pembangkang telah dicadangkan agar turut digantung daripada menghadiri sidang tersebut selama 6 bulan kerana mendedahkan prosiding mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Usul bagi menggantungkan Azmin Ali (PKR-Gombak), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) telah dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Dilaporkan bahawa perbuatan mereka bertiga yang mendedahkan prosiding mesyuarat pada 3 Disember lalu dianggap menghina dan menyalahi undang - undang serta keistimewaan sebagai ahli Parlimen.

Nak sangat mempertahankan si Ketua Penipu sampai sanggup keluar dewan beramai - ramai kan?

Hah, sekarang boleh menghabiskan masa selama 6 bulan bersama - sama si Ketua Penipu itu diluar dewan. Baru padan dengan muka mereka.

Baru ini merasa dapat duduk dalam Perlimen, bukan nak buat kerja untuk rakyat. Tapi bila diluar, mengaku sangat memperjuangkan rakyat. Menipu belaka. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

5 ulasan:

  1. aku faham kenapa mereka buat macam tu..mereka nak diri mereka digantung dari hadiri persidangan..
    nanti mereka akan kempen yang kerajaan malaysia tidak adil kepada mereka.
    mereka bolih pusing macam cerita semasa berkempen.
    elaun parlimen tu berapa sangat..tak heran pun si azmin dan anuwar nih.
    duit berpuloh juta.
    tak dapat elaun pun tak jadi hal.
    mereka ada banyak masa untuk buat road show seluruh negara dan guna isu penggantungan ini untuk dijadikan sebahgian modal burukan BN.

    BERITA TERKINI...SPRM KATA KES RASUAH NIK AJIS DAN MENANTU DITUTUP.
    tak dapat cari kes kata sprm..
    kalau la ini terjadi kepada wakil dan menteri BN..mau ada yang tidur atas jalan tuduh BN dah beli SPRM.

    BalasPadam
  2. Banyak masa tu. Buat lagi perhimpunan haram. Polis cepat pukul mereka kuat-kuat guna belantan.

    BalasPadam
  3. Tapi apabila mereka ditendang keluar Dewan......lain pula akan jadinya kerana mereka akan berkempen kesana sini memburukan kerajaan dengan berbagai tomahan seperti demokrasi dah mati dan bermacam2 lagi.Inilah perangai pembangkang selama ini.Akhirnya rakyat serta pembayar cukai yang rugi..........

    BalasPadam
  4. salam,
    baguih jugak ada roadshow..boleh kita tahu sokongan rakyat macam mana, mana tahu setiap kali roadshow, muka orang yg sama aje memenuhi majlis...sama2 kita saksikan..buat kat Puchong ok gak...
    TQ

    BalasPadam
  5. `Mengapa kita satu Malaysia perlu bimbang dengan 2 ekor beruk tu, mereka bukan wakil Parlimen kita , cuma wakil kawasan pengundi mereka sahaja. lantak lak kalau masaalah tempat mereka tak selsai , itu kehendak mereka dan pengundi mereka sendiri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping