Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Jelas dan nyata, mereka sekali lagi membuktikan keburukan diri mereka bila mendapat kuasa dan hilanglah sifat - sifat telus mereka.
Jika sebelum ini, kita digemparkan dengan berita mengenai pemecatan Ahli Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock kerana menyalahgunakan kepala surat dan cop rasmi Exco Selangor bagi mendapatkan kontrak peribadi.
Terbaru, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SelCat) digesa menyiasat dakwaan mengenai seorang lagi Ahli Majlis.
Kali ini, ia melibatkan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang terlibat dalam pelbagai kes penipuan dan tidak diambil tindakan.
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, SelCat perlu mengambil tindakan ke atas anggota DAP yang terlibat sebagai membuktikan ketelusan yang kononnya dilaungkan oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang selama ini.
Ahli DAP itu didakwa begitu berkausa dan berpengaruh di Selangor sehingga tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya walaupun pelbagai aduan telah dibuat.
Wee Choo Keong turut mendakwa ahli MPKj itu terlibat dalam banyak kes penipuan membabitkan pemberian projek tetapi dilindungi oleh pemimpin atasan parti sehingga Jawatankuasa Disiplin DAP serta Kerajaan Negeri Selangor gagal mengambil tindakan terhadapnya.
Sudah nyata, mereka bila berkuasa mula lupa diri. Malah slogan ketelusan yang mereka jadikan dinding dalam perjuangan juga turut roboh.
Inilah contoh yang jelas terhadap penyelewengan yang mereka lakukan apabila memegang kuasa. Masihkah mereka mahu menuduh orang lain bertindak sedemikian? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.