Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Janji - janji manis yang ditaburkan puak Pakatan Pembangkang ini hanya boleh diibaratkan sekadar menanam tebu dipinggir bibir sahaja.
Yang jelas dan nyata, mereka tidak mampu melaksanakannya janji tersebut jauh sekali untuk menunaikannya. Buktinya jelas kelihatan dalam Negeri - Negeri yang mereka takluki.
Terbaru, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menabur janji manis parti itu di Sarawak untuk memberikan kuasa Autonomi kepada Negeri tersebut jika mereka menang pilihanraya umum nanti.
Beliau bercakap dalam satu Majlis Makan Malam di Bintulu, Ahli Parlimen Gombak itu menyatakan bahawa Pakatan Pembangkang akan menghormati perjanjian 1963 dimana Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung untuk membentuk Malaysia berdasarkan perjanjian 18 Perkara.
Dalam kenyataan tersebut, Azmin turut mengecam BN Sarawak dan kepimpinannya yang didakwa rahsuah dan mengamalkan kronisme.
Beliau turut mencabar Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud agar segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya yakin BN menang dalam pilihanraya akan datang.
Sudahlah datang ke Negeri orang, nak mencabar pula. Cabaran - cabaran yang dikeluarkan orang lain terhadap mereka, kenapa masih tidak bersahut? Kenapa mereka masih mendiamkan diri?
Kenapa mereka tidak menjanjikan kuasa Autonomi kepada semua negeri yang ada dalam Malaysia ini? Kenapa tidak dilaksanakan di Negeri - Negeri yang mereka kuasai jika benar ianya untuk memperjuangkan rakyat?
Sekali lagi, PKR jelas jumud dengan dakyah janji - janji kosong mereka yang kemudian nanti hanya akan menyusahkan rakyat seperti di Negeri - Negeri lain yang mereka kuasai.
Selesaikan dulu masalah Negeri - Negeri yang ditakluki. Jangan sibuk nak menguruskan Negeri orang lain. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
azmin tu gurau je... kuat bergurau budak tu. lgpun dia memang selalu bergurau dgn abang dia anwar ibrahim. ada sorang je yg dia tak berani bergurau.... tau sapa dia? puan presiden la. nak pecah kepala!!!
BalasPadamalamak tuan oiii
BalasPadamsarawak dah lama autonomi.....
saja tak paham paham.....
dia x faham apa itu autonomi. dia mungkin ingat automobil (kereta). kalau menang PRaya Negeri nanti, Sarawak boleh buat automobil sendiri... ha camtu kot.
BalasPadam