Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semakin lama, semakin ramai pemimpin dari PKR mengambil tindakan untuk meninggalkan parti itu.
Laporan terbaru dari beberapa sumber hari ini menyatakan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Jeffrey Kitingan pula dijangka keluar dari parti itu.
Satu sidang media khas telah diatur oleh pihak yang berkenaan bagi Datuk Jeffrey untuk membuat pengumuman 'amat penting'.
Laporan tersebut juga menjelaskan bahawa Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada Presiden Parti Bersatu Sabah PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan juga akan mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan kerjaya politiknya.
Bagaimana pun, sumber tersebut enggan menyatakan sama ada pergerakan itu mempunyai kaitan dengan penubuhan blok politik ketiga dalam negara yang dikatakan diketuai oleh Datuk Zaid Ibrahim
Pemerhati politik pula melihat pengunduran Jeffrey itu sebagai tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk mengukuhkan kedudukan di Sabah.
Maka jelas dapat kita lihat, PKR atau nama panggilan lainnya, Parti Keldaikan Rakyat itu semakin hari, semakin hilang kepercayaan terutama dikalangan pemimpinnya sendiri.
Jika pemimpinnya sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap parti, rakyat bagaimana pula? Adakah masih mahu terus dibuai mimpi indah parti tersebut? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tahniah! harap banyak lagi rahsia Anwar al juburi bin ibrahim al liwati terdedah!
BalasPadam