Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Inilah bezanya diantara manusia yang ada maruah diri dan keluarga dengan manusia yang tidak ada maruah. Malah orang yang tidak ada maruah itu juga turut tidak ada perasaan malu pada diri sendiri.
Mungkin sebab itulah bapa kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan memohon perkenan Yang DiPertuan Agong agar dapat mempercapatkan kes yang melibatkan anak beliau.
Bapa kepada mangsa kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim hari ini bertindak menyerahkan sepucuk surat kepada Yang DiPertuan Agong untuk menarik perhatian baginda agar kes yang sedang dibicarakan itu dipercepatkan.
Beliau yang hadir dihadapan Istana Negara turut ditemani tiga orang rakannya untuk menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai Istana pada jam 3 petang.
Beliau turut memaklumkan kepada pihak media bahawa beliau berhasrat menyampaikan rasa hatinya itu kepada baginda kerana sudah melalui pelbagai tekanan dan kesulitan akibat perbicaraan kes tersebut.
Kes tersebut telah berulang kali ditangguhkan sejak ia mula diperdengarkan tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ekoran beberapa permohonan yang dibuat oleh pihak Anwar.
Sebuah blog Pro Pembangkang di Pahang hari ini turut mengulas mengenai perkara ini menyatakan rasa pelik terhadap tindakan tersebut.
Apa yang hendak dipelik oleh mereka? Mereka ada rasa malu pada diri sendiri. Mereka ada maruah dan harga diri yang perlu dipertahankan.
Lainlah dengan si Ketua Penipu itu yang memang jelas tidak ada maruah dan rasa malu. Apatah lagi dengan harga diri. Itu yang sepatutnya mereka pelik.
Bukannya tindakan seorang bapa yang menyerahkan surat agar kes dipercepatkan demi memelihara maruah diri, keluarga dan anaknya itu. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.