Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Nampak gaya semakin parahlah masa depan Exco Kanan Kerajaan Selango seorang ni akibat isu salah guna kuasa yang melibatkan beliau sebelum ini.
Ronnie Liu yang tewas dalam pemilihan DAP Selangor bulan lepas masih enggan mengulas mengenai tindakan yang dikenakan ke atasnya.
Beliau yang sebelum ini memberikan kenyataan dalam sebuah portal berita mendakwa berlakunya politik wang semasa pemilihan parti tersebut.
Atas sebab itu juga beliau menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Disiplin DAP.
Lihat 'wayang' yang hendak dimainkan oleh DAP ini. Kenapa hanya keluarkan surat tunjuk sebab sahaja? Kenapa tidak mereka siasat mengenai dakwaan tersebut? Adakah ianya satu taktik agar Ronnie Liu terus mendiamkan diri mengenai perkara tersebut?
Yang Semut hairan, kenapa masih ada rakyat Malaysia yang tidak dapat melihat perkara ini? Sudah jelas ianya satu taktik kotor yang dimainkan oleh DAP untuk mengaburi mata mereka.
Apakah rakyat masih buta dari melihat kebenaran yang terpampang nyata dihadapan mata mereka seperti ini? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Lebih penting dilihat ialah sistem nilai yang menjadi peraturan bagi DAP itu. Ia bermakna tidak ada siapapun boleh bercakap mengenai salahlaku puak puak mereka.
BalasPadamHabis yang sentiasa bercakap menuding jari terhadap pihak lain dengan berbagai fitnah menyatakan tidak kena itu apa hal pula.
BOLEH KATA TAK KENA ORANG LAIN TETAPI TAK BOLEH SENTUH PUAK PUAK MEREKA.
Inikah konsep keterbukaan dan keadilan DAP yang menjadi sekutu Pas dan PKR tu ???