Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Salah satu nama yang sesuai untuk PKR selain Parti Keldaikan Rakyat, mereka juga cukup terkenal dengan nama Parti Keluar Ramai.
Nampak gayanya, buat masa ini, nama kedua itu lebih 'cocok' digunakan kerana semakin ramai barisan pemimpin yang dahulu berpegang teguh kepada perjuangannya mula meninggalkan parti itu.
Terbaru, Bekas Timbalan Pengerusi PKR Sabah mengumumkan keputusan keluar dari parti tersebut hari ini.
Awang Ahmad Sah Awang Sahari mendakwa tindakan tersebut diambil ekoran dakwaan yang dibuat dengan menyatakan parti itu tidak mengamalkan demokrasi.
Beliau turut menyatakan bahawa beliau sudah bosan dengan masalah dalaman parti itu yang tidak sepatutnya berlaku jika kepimpinan PKR mendengar keluhan rakyat.
Turut mengumumkan keputusan yang sama ialah bekas Ketua Cabang Beaufort, Lajim Yusof atas alasan yang sama.
Tidak mustahil selepas ini ada suara - suara sumbang dari parti itu akan menyalahkan BN Sabah kerana masuk campur.
Mulalah kita dengar cerita yang individu tersebut dibayar dan diupah oleh pemimpin tertentu mengakibatkan mereka mengambil tindakan sedemikian.
Dah tahu sangat perangai buruk pemimpin PKR ini. Rakyat lain macam mana pula? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.