Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ekoran insiden kecoh dalam sidang Parlimen semalam, kes pertikaman lidah diantara du Ahli Parlimen ini turut menarik perhatian.
Yang seorang dakwa Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu merupakan seorang peguam kelas ketiga dan perlu belajar undang - undang Perlembagaan mengenai kuasa Parlimen.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Karpal Singki Pecah pula menjawab dakwaan itu dengan mengatakan si Menteri itu lansung tidak ada kelas.
Hakikatnya, dua - dua pun sama. Dua kali lima sahaja. Mengenai si Karpal Singki Pecah itu tidak perlu kita dedahkan lagi. Umum tahu bahawa beliau seorang peguam dan putar alam dalam masa yang sama.
Bagi Menteri berkenaan itu, lain pula ceritanya. Dalam sibuk - sibuk orang marahkan Namewee, dia boleh suka pulak.
Malah beliau turut menjemput dan menyambut kedatangan Namewee ke Parlimen dengan memakai T-Shirt secara terbuka.
Dalam sesi perbincangan mengenai isu semasa baru - baru ini, isu tersebut turut dibangkitkan oleh seorang pendengar. Panel yang menjawab mewakili Pak Menteri itu dengan selamba menyebut tindakan Menteri itu sebagai satu tindakan bijak.
Kononnya, jawab ahli panel itu Pak Menteri itu boleh dianggap Tuan kerana Namewee datang berjumpa dengan beliau. Seterusnya menghantar mesej secara senyap mengenai perkara itu.
Kalaulah si Pak Menteri itu bijak, sepatutnya beliau bertindak menyebelahi rakyat. Kenapa beliau tidak mendesak agar Namewee memohon maaf secara terbuka kepada individu yang terlibat dalam video beliau sebelum ini?
Katanya Namewee buat video memaki Pengetua itu atas dasar semangat 1Malaysia. Jadi buktikan dengan beliau memohon maaf kepada Pengetua yang dimaksudkan dalam video itu secara berdepan (Face to Face) dan Pak Menteri itu jadi orang tengahnya.
Tidakkah tindakan itu juga satu tindakan yang bijak? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.