Sabtu, Disember 18, 2010

Assalamulaikum dan Salam 1Malaysia.

Penerangan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat ini semakin hari semakin tidak terang pula rasanya.

Nampak seperti si Idris Ahmad ini sengaja mahu memperlihatkan kebodohan diri sendiri setiap kali beliau mengulas mengenai isu semasa. Sama seperti Mahfuz pula.

Terkini beliau mengharapkan Perdana Menteri agar mengotakan apa yang diucap beliau ketika merasmikan Masjid Saiyidina Ali di Bukit Katil, Melaka.

Katanya, Allah murka dengan sikap manusia yang hanya bercakap tetapi tidak buat seperti firmanNya dalam Surah Al-Saf ayat 2 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman kenapa kamu bercakap perkara yang kamu tidak lakukan"

Malah beliau turut menambah, PAS boleh membuktikan banyak perkara yang dilakukan dengan slogan Membangun Bersama Islam kemudian tindakan tersebut ditiru oleh Kerajaan Pusat.

Contohnya, kata beliau, Pinjaman Tanpa Faedah, Bantuan Kifalah Untuk Warga Emas, Rumah Tiga Bilik, Cuti dua hari dalam seminggu, kempen menutup aurat, mengharamkan judi, menghadkan arak kepada orang bukan Islam dan pajak gadai Islam.

Semua itu katanya membuktikan slogan yang digunapakai oleh PAS seiring dengan amalan.

Persoalannya adakah semua itu dilaksanakan oleh PAS dan bukannya atas tuntutan Islam? Bukankah perkara itu telah lama dilaksanakan oleh kerajaan Islam terdahulu sebelum PAS ada slogan Membangun Bersama Islam?

Jadi beliau nak kata PAS ajar Islam ke dan bukan sebaliknya? Kerana jelas amalan yang disebutkan beliau itu bukan hanya diamalkan di Kelantan sahaja.

Malah ia turut diaplikasikan di Negara - Negara Islam lain. Adakah Negara Islam lain itu turut ditadbir oleh PAS?

Sepatutnya kalimah surah Al-Saf ayat dua itu bukan sahaja dibaca oleh beliau hanya semata - mata ditujukan kepada Datuk Seri Najib.

Malah ia juga perlu ditujukan kepada Anwar Ibrahim yang sampai hari ini, beliau masih GAGAL membuktikan setiap apa yang dikatakan beliau.

Jangan hanya pandai tunding jari kepada orang lain. Kaji diri sendiri dahulu sebelum mahu mengutuk dan mempertikai orang lain. Itu pun tuntutan agama juga. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping