Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu boleh diibaratkan terkedu seketika apabila beliau terus dikecam dengan kenyataan dalam ucap tama beliau ketika konvensyen kedua Pakatan Pembangkang.
Merujuk kepada rencana yang dikeluarkan oleh Utusan hasil tulisan Dr. Novandri Hassan Basri, penulis blog Minda Intelek Melayu sebelum ini, hanya Setiausaha Akhbarnya sahaja yang besuara.
Dalam laporan tersebut, MIM mengulas mengenai ucaptama Lim Guan Eng yang jelas mempertikaikan hak rakyat Malaysia yang sebenar.
Manakala dalam kenyataan balas yang dikeluarkan oleh Setiausaha Akhbar LGE, Cheong Yin Fan menyatakan tindakan itu membuktikan Utusan dan MIM bertindak jahat menabur fitnah.
Beliau menjelaskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak pernah mempersoal dan mempertikai kerakyatan mana - mana warganegara Malaysia.
Kenyataan tersebut telah diterbitkan oleh portal Pro - Pembangkang, Malaysiakini yang didakwa oleh MIM hanya mengambil beberapa perenggan sahaja dari tulisan penuhnya.
Mereka dengan sengaja meninggalkan bahagian yang jelas tertulis, Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah).
Jika Si Kalipah DAP itu rasa apa yang dilaporkan oleh Utusan dan nukilan yang ditulis oleh MIM, mengapa beliau tidak ambil tindakan?
Kenapa hanya Setiausaha Akhbarnya sahaja yang bersuara? Beliau sudah habis suarakah setelah 'wayang' hendak menyaman Utusan?
Satu lagi perangai buruk pemimpin pakatan pembangkang ini jelas terbukti. Mereka hanya tahu menyalahkan Satu Pihak sahaja dan mengabaikan sumber asalnya.
Seperti juga dalam isu WikiLeaks dan tindakan saman yang kononnya hendak diambil oleh si Ketua Penipu itu. Kenapa hanya nak saman Utusan dan Tun Mahathir sahaja?
Kenapa tidak mahu saman sekali Bernama, Lee Kuan Yew, Singapura dan WikiLeaks itu sendiri? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.