...Jadilah Anak Felda Yang Berjaya!!!...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam wajar difikirkan sejenak.
Menurut kata Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu menegaskan bahawa salah satu resolusi Pakatan Pembangkang baru - baru ini mengenai Felda Plantation agak tidak logik.
Menurut beliau, kalau sekadar bercakap memang mudah tetapi dari segi praktikalnya ianya tidak begitu menguntungkan.
Bayangkan 330,000 hektar tanah jika dibahagikan kepada 1.6 juta anak peneroka, bermakna setiap orang hanya akan mendapat satu ekar sahaja.
Bagi beliau, resolusi yang dibuat oleh Pakatan Pembangkang itu tidak logik kerana pada ketika ini segala hasil yang diperolehi dari tanah tersebut dikembalikan semula kepada peneroka.
“...Adalah lebih pintar kita membinanya sebagai satu konglomerat yang besar dan hasilnya dikembalikan kepada peneroka..."
Menurut beliau, falasafah Felda ialah, ayah diberi ikan. Anak - anak diajar mengail. Maka itulah sebabnya Felda turut memperuntukkan lebih RM 50juta untuk membiayai program kemahiran untuk anak - anak peneroka.
Persoalan yang sama pernah Semut kemukakan kepada sahabat yang lain. Walaupun kita bukan Peneroka, tetapi adakah kita mahu melihat anak kita menjalani hidup seperti kita juga?
Sudah tentu sebagai ibu bapa, kita mengharapkan anak - anak kita jadi lebih baik dari kita. Tak mungkin seorang kerani mahu anaknya nanti jadi kerani juga?
Jangan bagi alasan bodoh seperti: "Dah itu rezekinya, nak buat amcam mana?". Kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T kepada setiap manusia itu adalah sama. Cuma Usaha, Amal dan Taqwa sahaja yang membezakan mereka. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Tanah semakin kurang.bayangkan kalau tanah mahu diagihkan kpd semua rakyat,puncak gunung tahan pun ada yg dapat.Felda Plantation adalah hasil yg diagih untuk pengurusan dan pembiayaan aktiviti felda..untuk peneroka dan generasinya juga.Cakap memang senang,tengoklah apa dah jadi dgn janji2 PR masa PRU dulu..adakah dah langsai?.
BalasPadam