Jumaat, Disember 24, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Hari ini setelah membuat pautan artikel mengenai 1Malaysia di Wall FB, Semut menerima SMS dari pengendali laman sosial Pemuda UMNO Bentong.

SMS itu memaklumkan bahawa PAS Kelantan sedang mengkaji tindakan Undang - Undang terhadap laman web, blog dan individu yang terbabit dalam menyebarkan spekulasi mengenai salah seorang ADUN mereka.

Ketua Penerangan PAS Kelantan berkata tindakan menyebarkan spekulasi tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan seharusnya diambil tindakan.

Kononnya beliau mendakwa bahawa UMNO-BN sudah tidak mampu melawan secara ideologi maka terpaksa menggunakan kaedah 'Character Assasination' seperti ini.

Hendak ambil tindakan, ambillah. Malah ianya sangat - sangat dialu - alukan. Terutama oleh blogger Papa Gomo.


Insiden terbaru yang berkaitan dengan spekulasi itu ialah mengenai kenderaan saksi kes tersebut turut dilanggar orang baru - baru ini.

Dikatakan kes langgar lari itu mempunyai motif tertentu dan cubaan untuk menyampaikan mesej kepada Ustaz Saidi. Apa motifnya? Kenapa ianya berlaku secara tiba - tiba selepas spekulasi mengenai ADUN Selinsing itu didedahkan?

Yang Semut masih hairan, ADUN Selinsing itu mendakwa bahawa spekulasi itu bukan sesuatu yang baru. Habis, kenapa sebelum ini beliau tidak mengambil tindakan?

Sepatutnya dah lama tindakan diambil terhadap mereka yang berkenaan. Kenapa baru sekarang, ketika orang sibuk mempertikaikan kesahihan spekulasi tersebut? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. betul tu bro. kalau kes dah lama kenapa si adun masih biarkan sahja tampa ambil tindakan atas isu ini.

    boleh tanya penduduk selising semua tahu isu ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping