Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sebenarnya inilah hakikat yang diharungi oleh setiap manusia di muka bumi ini bila asas nilai itu sentiasa mengatasi fikiran.
Walaupun apa yang difikirkan itu logik dan boleh diterima akal, tetapi oleh kerana nilai yang diberikan terhadap perkara itu membuatkan ianya sentiasa ditolak.
Sebagi contoh, Solat Subuh. Walaupun dalam seruan azan Subuh, Muazim menyeru 'Solat itu lebih baik dari tidur', tetapi berapa ramai yang mengikuti seruan tersebut?
Jika dalam diri seseorang itu menilai seruan itu penting, maka sudah tentu Masjid dan Surau akan sesak dipenuhi mereka setiap hari. Namun perkara ini tidak berlaku.
Demikian juga dengan rokok. Sudah terang dan nyata bahawa merokok itu membahayakan kesihatan. Tetapi kenapa masih ada dikalangan masyarakat yang tetap merokok?
Mungkin kerana mereka menilai keseronokkan dan kepuasan yang diperolehi dari rokok itu lebih penting dari kesihatan, maka mereka bertindak sedemikian.
Begitu juga dengan wayang gambar yang sering dipaparkan dilayar perak atau Wrestling yang sering menjadi tontonan masyarakat umum.
Walhal kita sudah tahu wayang atau wrestling itu menipu dan hanya rekaan semata - mata, tetapi masih sanggup juga kita menghabiskan duit untuk pergi menontonnya.
Dalam politik hari ini juga berlaku perkara seumpama ini. Walaupun tinggi ilmu mereka tetapi mereka juga turut terperangkap dari aspek nilai ini.
Mana tidaknya. Dah tahu perkara yang dibuat oleh si Ketua Penipu itu salah, tetapi mereka tetap juga mengikut kata beliau. Kenapa?
Maka dapat disimpulkan disini bahawa tidak kira setinggi mana ilmu seseorang itu, mereka juga akan terperangkap.
Kecuali mereka jadikan Rukun Iman sebagai asas kepada Nilai dalam diri mereka. Menjadikan Rukun Islam sebagai praktikal dan Taqwa sebagai jalan penyelesaian kepada konflik tersebut.
Hanya keredhaan Allah S.W.T juga yang kita pohon supaya tidak terperangkap dalam perkara ini. Jangan sampai nilai itu merosakkan pemikiran sudahlah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.