Jumaat, Disember 31, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Khutbah Jumaat di Masjid yang Semut pergi hari ini mengenai Sambutan Tahun Baru. Khatib bercerita mengenai sambutan yang biasa dilakukan di Negara ini.

Katanya, sambutan tahun baru seperti yang biasa dilakukan jangan berlebih - lebihan. Kebanyakkannya menjadi punca pergaulan bebas dan jenayah serta keganasan.

Beliau turut menambah, bagaimana hendak dihalang dari berlakunya gejala sosial sekiranya sambutan seumpama ini terus diadakan?

Bagaimana pemimpin hendak menghalang sesuatu keburukan jika pemimpin itu sendiri membenarkan perkara sedemikian berlarutan. Tetapi dalam laporan hari ini, seolah - olah nasihat khatib itu terkena kepada parti yang didokongi beliau sendiri.

Laporan hari ini mengenai tindakan Pemuda UMNO Kelantan mempersoalkan tindakan Kerajaan Negeri yang membenarkan konsert Wali Band diadakan malam ini.

Ketuanya, Anuar Safian mempersoalkan kewajaran Kerajaan Negeri membenarkan kumpulan popular Indonesia itu mengadakan konsert semata - mata bermotifkan politik.

Beliau hairan dengan tindakan Kerajaan negeri yang sebelum ini tidak membenarkan konsert seumpama itu diadakan tambahan pula menjelang ambang tahun baru seperti ini.

Taktik itu disifatkan oleh beliau hanya semata - mata untuk meraih sokongan dan mengubah pandangan golongan muda terhadap pimpinan PAS dalam Kerajaan negeri Kelantan.

Beliau turut mempersoalkan kewajaran membawa kumpulan musik dari luar Negara sedangkan masih banyak kumpulan Nasyid yang popular didalam negara ini yang boleh dijemput.

Inilah yang dikata orang dulang paku serpih. Mengata orang diri sendiri yang lebih. Bila mereka buat, tak haram. Bila orang lain buat, semuanya tak betul.

Kalau betul mereka menolak sambutan seperti kebiasaan yang diadakan diperingkat kebangsaan seperti konsert dan sebagainya, kenapa mereka tidak ubah pendekatan mengikut prinsip mereka sendiri?

Buatlah Solat hajat beramai - ramai, mohon kerahmatan Allah S.W.T untuk tahun hadapan. Ataupun buatlah Forum perdana yang membincangkan pendekatan dakwah. Kenapa mereka nak buat konsert juga? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. PUAK PARTI AJARAN SESAT SENTIASA BERSEDIA UNTUK MELACURKAN ISLAM DEMI KEPENTINGAN POLITIK TERUTAMA N AJIS

    BalasPadam
  2. Kerajaan buat semua tak betul/halal.
    PAS buat semua betul/halal.

    Hanya PAS ada tiket gi syurga. Nik Aziz Alaihissalam nabi PAS yg maksum. Kene ikut ckp dia, baru la betul cara pemikiran dan hidup kat dunia ni.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping