Jumaat, Disember 31, 2010

...Jelas, Pemahaman Beliau Terhadap Agama Lain Cukup Luas...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Jelas terbukti bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ini tidak boleh lansung hendak ditegur. Jauh sekali untuk mereka memahami isu sebenar sesuatu perkara. Tetpi sekadar memutar belitkannya sahaja.

Isu lalu yang turut melibatkan Ahli Parlimen Serdang ini masih belum ada lagi puak - puak mereka yang membuat penjelasan.

Semut bertanya, dibahagian mana Masjid yang dibenarkan oleh Rasulullah S.A.W untuk orang kafir masuk? Adakah sampai dalam ruang solat? Atau ada tempat - tempat tertentu sahaja yang dibenarkan mereka masuk?

Kalau ditakrifkan kawasan Masjid, masuk sahaja pagar sudah dikira kawasan Masjid. Jadi sampai mana Rasulullah membenarkan orang kafir masuk?

Dalam isu ini juga nampak gayanya mereka masih lagi dengan sikap bodoh sombong mempertahankan benang yang basah.

Isu sama ada Teo Nie Ching hendak membuat aktiviti dalam kawasan Masjid itu BUKAN persoalan pokok. Semut ulangi, BUKAN PERSOALAN POKOK.

Persoalannya disini ialah tahap pemahaman dan sensitiviti Ahli Parlimen Serdang itu terhadap Agama Islam.

Bukan soal dia boleh buat aktiviti atau tidak seperti mana yang dijelaskan oleh Nik Aziz sebelum ini. Benar, zaman Rasulullah Kafir boleh masuk Masjid dan membuat aktiviti. Tetapi bagaimana cara pakaian mereka pada ketika itu?

Seperti contoh yang Semut berikan sebelum ini mengenai Angelina Jolie yang memasuki Pakistan. Beliau tahu dan peka terhadap sensitiviti Negara Islam itu lalu mengenakan pakaian yang bersesuaian.

Itu jelas kafirnya. Tapi dia tahu adap berpakaian. Belum masuk Masjid lagi. Tetapi peliknya si Teo Nie Ching ini dikelilingi oleh umat Islam, tetapi tetap GAGAL memahami perkara semudah itu. Kenapa?

Yang bertambah hairannya, kenapa Mursyidul Am PAS itu sekadar menyatakan bahawa isu pakaian itu perkara kedua sedangkan itulah isu yang sebenarnya? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Jelas, Nik Aziz sekadar mahu melepaskan diri dari dipersalahkan kerana GAGAL, diulangi, GAGAL mentarbiahkan Ahli Parlimen Serdang itu tentang gaya pakaian serta adap dikalangan umat Islam.

    BalasPadam
  2. Kerajaan buat semua tak betul/halal.
    PAS buat semua betul/halal.
    DAPig pijak kepale pon kasi betul/halal gak.

    PAS nak tarbiyahkan org kafir, tarbiyahkan la dulu ahli2 PAS sendiri kasi betul. Tula asyik dgr ckp Wali Selipar Alaihissalam, Islam yg benar dan nyata pon tak reti nak ikut. Ulama mcm al-Fadhil Hj Harun Din boleh pandang sepi je walhal beliau lebih layak utk menjelaskan mana2 kerumitan dan kesahihan suatu2 perkara yg berkaitan dgn akidah dan adab dlm agama Islam termasuklah yg non-Muslim terhadap Muslim.

    Nik Aziz wajib bertaubat!!!
    Anwar harus bertaubat!!!
    Lim Kit Sial mesti ditaubatkan!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping