Ahad, Disember 05, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Mengangkat peringatan dari YAB Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pemimpin Barisan Nasional mengenai Penyakit Pemimpin ini dilihat amat wajar sekali.

Perkata yang diketengahkan oleh beliau perlu dijadikan renungan dan diambil tindakan oleh Pemimpin - pemimpin yang terbabit.

Di antara penyakit yang dimaksudkan ialah:

1. Khayal (Delusion) dengan beranggapan bahawa seluruh rakyat menyokong BN. Maka saranan semut supaya pihak Kerajaan BN lebih menitik beratkan kebajikan dan meraih sokongan dari kalangan kakitanga Kerajaan terlebih dahulu. Jangan khayal dan leka serta terlepas pandang perkara ini.

2. Lupa Diri (Amnesia) agar pemimpin sentiasa berpijak dibumi yang nyata. Kenali asal usul mereka dan bagaimana mereka kecapi kedudukan pada hari ini adalah atas sokongan serta dorongan rakyat dibawah.

3. Jumud dengan corak pemikiran yang sempit dan kurang kreatif dalam menambat hati rakyat. Sesungguhnya setiap pemimpin itu perlu pendekatan baru untuk membuatkan rakyat berasa hampir dengan mereka.

4. Angkuh (Erogant) agar mereka sentiasa sedar bahawa mereka juga adalah makhluk Allah S.W.T. Jangan sombong dengan apa yang mereka miliki kelak nanti rakyat juga akan turut menghindari mereka.

Ingatan ini perlu diterap dan menjadi jati diri setiap pemimpin tidak kira dalam apa juga organisasi terutamanya Barisan Nasional di semua peringkat.

Jelas, bibit - bibit serta simptom - simptom ini sudah memang wujud dikalangan pemimpin sedia ada. Adalah wajar mereka menghindari penyakit ini dari terus berlarutan.

Jangan sampai rasa sayang dan kasih rakyat kepada pemimpin bertukar menjadi benci kerana apabila hati sudah membenci, lebih banyak kerosakan yang akan dilakukan. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping