...Muka Macam Ni Nak Jadi Bintang Filem???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Jelas wajah beliau tidak mempunyai nilai komersil untuk membuatkan pihak perfileman mengambil beliau sebagai watak utama.
Jauh sekali jika mahu menjejakkan kaki ke senarai box office dan membuatkan 'pecah panggung'. Yang dia boleh buat hanyalah 'pecah punggong'.
Namun, 'wayang' yang sering dimainkan oleh beliau nampaknya tidak menemui jalan buntu, malah tetap diteruskan secara istiqomah.
Ia seolah - olah tidak mengenal batas dan turut melangkau norma - norma kehidupan manusia biasa.
Seperti kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata agenda dan perjuangan si Ketua Penipu itu 'ala bintang filem'.
Perjuangan Anwar itu ternyata bersifat peribadi dan hanya memenuhi kepentingan diri sendiri semata - mata sehingga sanggup mengorbankan rakyat tanpa mengira agama atau kaum.
Semua orang tahu, wayang yang sering dipaparkan di layar perak itu adalah rekaan semata - mata. Kalau ada kisah dokumentari pun, ia jelas diolah untuk mendapatkan nilai komersil.
Demikian juga dengan wayang yang dimainkan oleh Anwar serta konco - konconya itu. Bukan atas dasar kisah benar atau berlandaskan perkara hakiki.
Semuanya fiksyen belaka. Seperti janji 16 September beliau sebelum ini. Wayang terbaru beliau bertajuk 'Janji 100 Hari Pakatan Pembangkang'. Tapi tidak akan disiarkan di pawagam.
Seperti aktiviti beliau juga. Semuanya dipasaran 'gelap'. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.