Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sepatutnya perkara ini tidak lagi menjadi persoalan kerana sudah jelas dan nyata putar belit merupakan kebiasaan bagi mereka.
Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemimpin pembangkang berhenti memutar belit isu penggantungan Anwar dan tiga lagi ahli Parlimen Pembangkang apabila menuduh Kerajaan telah merancang tindakan itu.
Menurut TPM, dakwaan kononnya pihak kerajaan mahu memperolehi majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat berikutan isu tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Timbalan Perdana Menteri juga berharap rakyat tidak terpedaya dan tertipu dengan putar belit pemimpin pembangkang yang kononnya mereka teraniaya, tiada kebebasan, tiada hak suara dan hak mereka dinafikan.
Usaha mereka itu jelas dan nyata membuktikan mereka sengaja memperkotak katikkan rakyat seolah - olah mereka tidak dapat melihat penipuan tersebut.
Nak buat macam mana. Kalau tidak putar belit sesuatu isu bagi kelebihan mereka, bukan Penipu Rakyat lah namanya.
Rasanya orang seperti Anwar dan konco - konconya itu kalau tidak menipu ibarat orang tak dapat hisap rokok. Ketagih menipu. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.