Selasa, Disember 14, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Semut mengambil kesempatan dipagi hari ini untuk mengucapkan tahniah kepada seluruh Ahli Parlimen Barisan Nasional kerana berjaya melaksanakan tugas mereka.

Ini berikutan Persidangan Dewan Rakyat semalam telah meluluskan Rang Undang - Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) berjumlah RM212 bilion tanpa sebarang masalah.

Berbeza dari tahun lalu, Bajet 2011 diluluskan pada jam 7.25 malam apabila bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Husni Hanadzlah menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.

Bajet sebelum ini melalui detik mencemaskan dimana bacaan kali ketiga itu diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja pada jam 11.15 malam, 14 Disember 2009.

Diharapkan kepada kepimpinan Barisan Nasional di Parlimen tidak mensia - siakan kepercayaan rakyat yang telah memilih mereka menduduki kerusi itu. Harapan juga agar mereka tidak sewenang - wenangnya melupakan rakyat ketika duduk disitu.

Jangan jadi seperti puak pembangkang yang hanya tahu memperjuangkan 'individu tertentu' sahaja sehingga sanggup keluar dewan dan sebagainya. Bukan untuk membela rakyat. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping