Jumaat, Disember 24, 2010

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Macam - macam perangai pelik yang semakin ditonjolkan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni sejak akhir - akhir ni ya.

Sampaikan rakyat yang menggantungkan logo 1Malaysia pun nak dipertikaikan mereka dan mengharamkan logo tersebut digantung.

Itulah yang menimpa kepada seorang pengusaha kedai runcit apabila beliau menerima surat arahan dari Majlis Daerah Kuala Langat.

Surat berkenaan mengarahkan beliau agar mengalihkan logo 1Malaysia yang terdapat dihadapan kedai beliau.

K. Thiyagarajan, 26 tahun menyatakan beliau dan rakan perniagaannya menerima surat berkenaan pada 15 Disember 2010 dan diberi masa 7 hari untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Walaupun tarikh akhirnya semalam, tetapi logo tersebut masih lagi digantung dihadapan kedai beliau sehingga pagi tadi.

Thiyagarajan turut menyatakan bahawa beliau tidak terlibat lansung dengan politik. Tetapi bagi beliau program 1Malaysia itu merupakan satu gagasan yang baik untuk menyatu-padukan rakyat secara keseluruhan.


Bukankah baru - baru ini mereka kata DS Najib dan TS Muhyiddin gentar kepada mereka? Kononnya mereka dakwan PM dan TPM mula ketakutan untuk menghadapi PRK Tenang.

Tetapi lain pula dengan mereka. Mereka bukan setakat takutkan BN, malah turut GENTAR dengan logo serta perpaduan rakyat. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping