Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Pendedahan mengenai kontroversi ADUN Selinsing nampak gayanya mula mendapat respon dari pihak yang berkenaan.
Laporan berita hari ini menyatakan pendirian ADUN berkenaan bahawa ianya adalah fitnah besar, khianat.
Beliau mengulas mengenai pendedahan yang dibuat Blog Papa Gomo sebelum ini. Namun beliau tidak pula mengulas mengenai video yang didedahkan dalam blog tersebut.
ADUN Selinsing itu sebaliknya hanya mempersoalkan tindakan saksi berkenaan kerana tidak membuat dakwaan terhadap beliau.
Malah dalam Haramkah Daily, beliau turut mencabar UMNO untuk membuktikan dakwaan tersebut sama ada benar atau tidak.
Beliau juga menyatakan bahawa tindakan tersebut bukan satu tindakan yang baru. Ianya pernah digunakan untuk menjatuhkan beliau sejak tahun 2000 lagi.
Persoalannya, jika perkara tersebut pernah berlaku sebelum ini kenapa beliau sendiri tidak mengambil tindakan?
Bukannya beliau tidak kenal dengan individu terbabit dalam video tersebut. Tunggu apa lagi? Ambillah tindakan.
Kalau benar laporan dalam blog Gomo itu adalah fitnah, kenapa beliau tidak membuat laporan Polis? Malah Blog tersebut juga mengalu - alukan perkara tersebut.
Semut dan Blog MIM setuju dengan komen yang diberikan dalam saluran Youtube mengenai isu tersebut.
Jika ADUN Selinsing itu berada dipihak yang benar, ambillah tindakan yang sewajarnya. Jangan pandai bercakap sahaja. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Salam. Melawat sebentar di blog tuan. Tahniah!, menarik. Mohon izin linkkan blog saya di sini demi perjuangan bangsa, agama dan negara. Terima kasih. Link saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/
BalasPadam