Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Sudah menjadi lumrah bagi manusia yang hidup sering takutkan kepada perkara - perkara yang tidak jelas dihadapan mata mereka.
Sebab itulah kebiasaannya kita dengar kisah - kisah mistik mengenai kewujudan hantu dan sebagainya.
Dalam politik negara hari ini juga demikian. Seperti laporan hari ini mengenai Perbadanan Pembangunan Kampung Baru menerima bantahan keras daripada PAS Wilayah Persekutuan.
Mereka menyifatkan langkah itu sebagai satu usaha tidak jujur kerajaan dalam membangunkan hartanah berkenaan.
Perbadanan tersebut katanya sepatut diganti dengan Badan Amanah yang diwakili oleh penduduk Kampung Baru dan 'golongan berkepentingan lansung' dalam pembangunan itu.
Demikian yang dinyatakan oleh Penasihat Undang - Undang PAS Persekutuan ketika mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengenainya.
Beliau juga turut mendakwa bahawa usaha itu sekadar melepaskan batuk ditangga kerana Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 itu tidak mengikat Kerajaan untuk mendengar nasihat daripada majlis tersebut.
Persoalan Semut tatkala membaca laporan itu ialah berkenaan 'golongan berkepentingan lansung' yang disebut oleh Penasihat Undang - Undang PAS itu.
Siapa golongan tersebut? Bagaimana pula mereka boleh dibenarkan menyertai Badan Amanah tersebut? Kepentingan apa yang mereka ada?
Persoalan utamanya ialah adakah PPKB itu ditubuhkan dan adakah benar tidak ada wakil dari kalangan penduduk tempatan didalam PPKB itu?
Jelas tindakan tersebut ibarat takutkan bayang - bayang sendiri. Baru dicadang dah melatah. Benda tak nampak juga yang mereka takutkan. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.