
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Kenyataan pelik ini datangnya dari Yang DiPertua PAS Shah Alam, Khalid James Samad yang masih enggan mengambil tindakan terhadap Ronnie Liu.
Beliau bagaimana pun menggesa Kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap pemimpin dan individu yang dilihat sebagai punca disebalik isu tersebut.
Bagi beliau, larangan pekerja Muslim bekerja di premis - premis yang menjual arak dikawasan MPSJ itu dilihat sebagai tindakan mensabotaj gabungan tiga parti Pakatan Pembangkang.
Ahli Parlimen Shah Alam itu menggesa Kerajaan Negeri yang dipimpin Kahlid Ibrahim agar mengambil tindakan tegas terhadap individu yang 'membelakangi' keputusan MPSJ itu.
Menurut Khalid, kontroversi yang ditimbulkan itu adalah satu perbuatan sabotaj yang dilakukan oleh pihak - pihak tertentu.
“...Parti mesti mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertindak bersendirian dalam membuat keputusan, orang macam ini parti kena ambil tindakan. Orang-orang macam ini boleh menimbulkan masalah, ia adalah satu perbuatan sabotaj..."
“...Kerajaan negeri perlu bertindak kepada sesiapa sahaja yang buat macam ini, yang menimbulkan masalah dan mahu menjejaskan Pakatan Rakyat. Kena ambil tindakan yang akan mendisiplin orang macam ini,” katanya...
Aik, macam perli Dr. Hassan Ali je? Bukan Khalid tak tahu, arahan tersebut telah dikeluarkan oleh Dr. Hassan Ali. Ke dia sengaja buat tak tahu?
Yang rakyat mahu tahu sekarang ialah pendirian beliau. Adakah beliau menyokong tindakan MPSJ atau menyokong bantahan Ronnie Liu?
Kenapa beliau masih lagi menggelak untuk mendesak sebarang tindakan diambil terhadap kenyataan Ronnie Liu sebelum ini? Itu yang rakyat mahu tahu. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
pandai khalid samad nak u turn..semua tau khalid samad lah kpla nak jatuhkan hasan ali..nasib la ko wahai hasan ali..tkde pluang la nak jadi MB..berangan je la..azmin ali dh mainkan peranan..
BalasPadam