
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Satu spekulasi yang dibuat mengenai pengumuman Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor semalam dilihat sebagai tindakan 'double - standard'.
Tindakan tersebut dikatakan mempunyai agenda tersembunyi kerana ia melibatkan ADUN yang 'mesra BN' itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menafikan dakwaan beliau gagal hadir ke sidang DUN selama 6 bulan tanpa lasan munasabah.
Beliau sebaliknya menegaskan bahawa beliau sudah memaklumkan kepada Speaker dengan memberikan surat cuti sakit.
Badrul Hisham ketika dihubungi berkata beliau hanya tidak menghadiri sidang DUN pada bulan November ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.
Beliau menyatakan hanya mengetahui perkara tersebut melalui berita di kaca televisyen petang tadi dan tidak ada sebarang makluman rasmi mengenainya.
Beliau bagaimanapun menyerahkan perkara tersebut kepada pihak SPR bagi menentukan sama ada untuk menerima alasan Speaker, Teng Chang Khim atau sebaliknya.
Semacam ada perkara yang tidak kena dalam isu ini dapat dilihat dengan jelas. Nak pula sidang Khas DUN bakal diadakan hujung bulan nanti.
Persoalan rakyat, kenapa Speaker tidak mengambil tindakan sedemikian ketika Badrul masih didalam PKR? Kenapa baru sekarang? Sedangkan ketika itu juga beliau dikatakan gagal menghadirkan diri ke sidang DUN.
Walau apa pun, diharapkan kepada Badrul Hisham agar dapat meneruskan tugas beliau mendekati rakyat seperti biasa. Jangan leka dengan amanah yang telah diberikan. Bukan susah Allah nak tarik balik apa yang telah dikurniakanNya. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.