Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Dalam laman twitter si Ketua Penipu hari ini, beliau menyatakan jadual hariannya adalah untuk meneliti perbincangan dengan Hadi Awang.
Laporan semalam menyatakan bahawa si Ketua Penipu itu telah mengadakan perjumpaan dengan Presiden PAS itu bagi menjernihkan spekulasi pertemuan Nik Aziz dengan tokoh UMNO.
Anwar pagi tadi telah menyatakan bahawa isu pertemuan PAS dengan UMNO sudah selesai dan Pakatan Pembangkang sudah dimaklumkan.
Malah Anwar dengan angkuh dansombong menyatakan UMNO hanya sekadar boleh bermimpi sekiranya hendak bergabung dengan PAS.
Kalau UMNO hanya boleh bermimpi, apa yang dia takutkan sangat? Kalau dah percaya kepada PAS, kenapa beria - ia nak minta penjelasan dari PAS mengenai pertemuan dengan PM dan TPM baru - baru ini?
Padahal mereka yang kehabisan modal dan takut orang Melayu dan Umat Islam bersatu padu. Hal ini jelas menunjukkan Anwar takut kehilangan sokongan PAS.
Kalau tidak ada PAS, maka berkuburlah perjuangan mereka. Secara tidak lansung memberi gambaran bahawa PAS lebih berpengaruh dari PKR. Sepatutnya PAS jadi ketua, bukan PKR.
Persoalannya, adakah Anwar benar - benar percayakan Haji Hadi mengenai perkara tersebut? Kalau percaya, kenapa beliau masih meneliti pertemuan dengan Presiden PAS itu? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.