...Muka Cuak Anwar, Takut PAS Berpaling Tadah...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
PKR dan DAP sah ketar lutut tatkala Mursyidul Am PAS bertemu dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri akhir bulan lepas.
Mungkin Anwar mengalami mimpi buruk atau lansung tidak boleh tidur malam gara - gara langkah yang diambil oleh Nik Aziz itu.
Maka satu perjumpaan telah diadakan petang semalam bersama dengan Haji Hadi untuk mendapatkan kedudukan sebenar.
Pertemuan tertutup itu telah diadakan beberapa jam sebelum Ceramah Perdana di Shah Alam yang akan turut disertai oleh Khalid Ibrahim dan Nik Aziz.
Nik Aziz sebelum ini dilaporkan menghadiri jamuan santapan bersama PM dan TPM atas undangan DYMM Yang DiPertuan Agong.
Walaupun Nik Aziz menyatakan pertemuan itu bukan atas tujuan politik dan beliau enggan mengulas butiran lanjut mengenainya kerana ia akan melanggar etika.
Jadi kita harapkan agar Tok Guru itu tidak melanggar etika beliau sendiri dengan mendedahkan isi perbincangan sewaktu mengadap Yang DiPertuan Agong.
Kerana jelas, beliau sendiri yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Takkan beliau mahu memungkiri kata - kata beliau sendiri? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.