
...Datuk Ahmad Maslan Bersama Dengan Calon BN Tenang...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Barisan Nasional hari ini mengumumkan calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Tenang iaitu Saudara Muhamad Azhar Ibrahim.
Beliau baru berusia 39 tahun merupakan Bekas Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat yang memiliki kelulusan Ijazah Sains Politik.
Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian ADUN sebelum ini, Allahyarham YB Datuk Sulaiman Taha.
Pencabar bagi Muhamad Azhar ialah Normala Sudirman dari Parti Angguk Sahaja (PAS) yang juga merupakan Ketua Muslimah PAS Kawasan Labis.
Sesi penamaan calon akan bermula pada 22 Januari dan hari pembuangan undi telah ditetapkan pada 30 Januari akan datang.
Maka sesi berkempen nanti, kita lihat siapa yang terbaik diantara mereka berdua. Dengar kata ada calon bebas. Apa - apa pun kita tunggu dan lihat sahaja nanti.
Yang penting mereka yang dipilih mestilah orang yang bertanggungjawab dan boleh melaksanakan tugas. Bukan setakat cakap kosong sahaja. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.