
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Masih lagi mereka mempertikaikan isu lantikan SUK? Apa dah tak ada isu lain ke yang nak dibangkitkan dalam Negeri?
Malam semalam si Faekah masih lagi mempertikaikan lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang terang - terang sudah diperkenankan Sultan Selangor.
Hari ini, Khalid James Samad pula menyatakan bahawa Pakatan Pembangkang masih belum berniat hendak menganjurkan demonstrasi.
Demonstrasi itu kata Khalid adalah bagi mendesak Kerajaan Pusat mengembalikan kuasa lantikan SUK kepada Menteri Besar Selangor.
Nampak sangat mereka cuba berselindung disebalik nama Sultan. Sampaikan DYMM Sultan Selangor hari ini bertitah agar tidak disalah ertikan dengan persetujuan mengadakan sidang DUN bahawa DYMM Sultan menyebelahi mana - mana pihak.
Yang peliknya, kenapa masih diperbesarkan lagi isu tersebut? Sultan dah terima dan perkenankan lantikan tersebut. Nak pertikai apa lagi? Buat kerja dah la.
Yang pasal Ronnie Liu membantah larangan pekerja Islam bekerja di premis menjual arak tu tak nak pulak si Khalid James buat demo.
Buat la demo depan Pejabat Ronnie Liu. Suruh dia berenti dari jadi Exco dan memperkudakan umat Islam. Kata memperjuangkan agama. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.