Selasa, Januari 04, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sepanjang tahun lepas, FELDA menjadi sasaran utama yang dilakukan oleh Pertubuhan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang diketuai oleh Mazlan Aliman.

Bermula dengan fitnah yang menyatakan bahawa FELDA sudah bankrap, sehingga membawa kepada beberapa tindakan saman yang dikenakan ke atas organisasi yang membela nasib Melayu sejak sekian lamanya itu.

Semut pernah nyatakan sebelum ini bahawa tindakan saman yang dibuat oleh peneroka yang termakan hasutan ANAK itu sebenarnya berat sebelah.

Ianya kerana peguam yang mengendalikan kes berkenaan hanya seorang manakala jumlah peneroka yang terlibat lebih dari 10.

Katakan satu tuntutan saman bernilai RM1000 seorang. 10 orang peneroka sudah RM10,000. Belum ditolak dengan bayaran komisyen peguam. Katakan pula peguam hanya ambil RM100 dari setiap peneroka.

Maka jumlah yang akan diperolehi oleh peguam itu adalah sebanyak RM 1000, manakala peneroka hanya akan memperolehi RM900 sahaja seorang.

Adakah ianya adil? Dan tidak mungkin tuntutan dibuat hanya sekadar RM1000 sahaja. Namun itu hanya spekulasi. Tetapi cuba renungkan sejenak mengenai perkara ini, ia akan masuk akal.

Mungkin menyedari taktik itu tidak lagi boleh dipakai, maka tindakan saman oleh ANAK terhadap FELDA semakin berkurangan.

Tetapi bagaimana pula ANAK memperolehi sumber kewangannya? Pernah tanya mereka mengenai Ladang Rakyat dan ke mana pergi keuntungannya? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping