Ahad, Januari 02, 2011

...Berpakaian Kena Dengan Keadaan...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin didalam kalangan umat Islam, Ahli Parlimen Serdang itu sudah sedia maklum dengan gaya pemakaian yang bersesuaian.

Saranan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menyatakan adalah tidak salah untuk melakukan aktiviti di perkarangan Masjid.

Namun adap yang beretika dalam berpakaian perlulah dihormati sama ada mereka itu umat Islam atau bukan Islam.

"...Memang tidak salah masuk ke masjid tapi adab susila harus dijaga. Saya lihat peristiwa berulang ini, seolah-olah tidak mempedulikan perasaan orang lain terutamanya Islam dan masjid..."

Semut teringatkan kisah sewaktu tentera Islam berjaya menawan daerah - daerah di Palastine yang dikuasai oleh Kristian ketika zaman Saidina Umar R.A.

Mereka penduduk asal menerima pentadbiran Islam secara terbuka dan tahu menghormati penganut agama tersebut sehingga mahu keluar rumah bagi golongan wanita pun masih segan silu.

Mereka melihat cara pemakaian yang dikenakan oleh wanita Islam lalu tertarik kepadanya dan mula mendekati Islam.

Lihat sahaja pemakaian wanita - wanita itu di Negara -Negara Arab hari ini. Mereka masih menghormati masyarakat sekeliling dengan memakai pakaian yang bersesuaian.

Jadi kenapa perkara seumpama ini tidak pula diketengahkan oleh pejuang - pejuang Islam (kononnya) dalam dakwah mereka kepada yang bukan Islam? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Kita jangan lupa sudah ada segolongan orang Islam yang tidak ada perasaan apa-apa bila ada orang bukan Islam tidak menutup aurat di masjid. Kita harus menghormati orang Islam yang begini. Mereka sudah mengenali jatidiri mereka. Ada perasaan atau tidak ada perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. Kalau sudah ada apa boleh buat. Masjid dimana acara diadakan pun bukan masjid kita, tapi masjid kawasan mereka. Kalau nak tarbiahkan mereka, Dato Baharom mesti berani berjuang memasukkan etika ke mesjid dalam matapelajaran yang diajar di sekolah. Ada berani ke ?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping