Isnin, Januari 03, 2011

...Macam Dah Takde Alasan Lain...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Apa yang si Faekah ni mengarut ni? Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor ini dah diserang penyakit sawan ke?

Beliau hari ini menyalahkan bekas Menteri Besar Selangor yang terdahulu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo atas lantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.

Beliau menyatakan bahawa tindakan melanggar perlembagaan itu telah dilakukan kerana mantan Menteri Besar itu membiarkan dirinya dibelakangi dalam lantikan SUK.

Dalam satu kenyataan hari ini, si Faekah turut menyelar Ketua Setiausaha Negara yang didakwa mengabaikan kebijaksanaan dengan melantik Khusrin.

Kata beliau, KSN tidak mengambil kira kelayakan dan kredibiliti serta tidak berunding dengan Menteri Besar.

Mungkin si Faekah lupa nak masukkan perkataan kroni Menteri Besar kerana sah KSN juga turut tidak mengambil kira perkara itu.

Soal sama ada KSN berbincang dengan Menteri Besar atau tidak, yang pastinya lantikan itu sudah mendapat perkenan Sultan Selangor.

Mempertikaikan lantikan itu bererti Faekah juga mempertikaikan keputusan DYMM Sultan. Sepatutnya beliau merujuk perkara itu kepada DYMM Sultan, bukan membuat tuduhan secara rambang. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.

Ps: Tak pasal - pasal nampak sangat kebodohan beliau dalam perkara ini.
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping