Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Secara keseluruhannya, isu berkenaan laungan Azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi yang hangat diperhebatkan sebelum ini telah selesai.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Pembantu Imam Masjid Al - Ikhlasiah, Ramli Kadni berkata azan di Masjid tersebut berkumandang seperti biasa susulan perbincangan dengan pihak berkuasa.
Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Ramli berkata, pengurusan Masjid telah mendapat arahan supaya berhenti menggunakan pembesar suara tiga minggu lalu.
Bagaimanapun, Ramli tidak dapat mengesahkan siapa yang mengeluarkan arahan tersebut sebaliknya hanya mendapat arahan daripada imam sahaja.
Kelmarin, seramai 100 orang jemaah berhimpun diperkarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat.
Mereka mendesak agar pihak yang berkenaan ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Jadi, dah adalah jalan penyelesaian terhadap isu tersebut. Malah pihak Masjid sendiri anggap perkara ini sudah selesai.
Tapi kenapa masih ada yang bising - bising mengenai isu ini diluar sana? Adakah mereka masih tidak puas hati? Atau memang hakikatnya mereka ini jenis pengikut fahaman Anarkis yang sentiasa mahu hidup dalam keadaan kucar kacir? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
Takkan selesainyer...pasni ada lagiii....tunggu je...
BalasPadamtukar imam tu... suh dia pi singapore.
Macamana kalu ada pulak pihak mencadangkan penggunaan gendang kecil ketika tarian naga? Ataupun haramkan perarakan pengkebumian. Bising tau. Mengganggu ketenteraman.
BalasPadamKalu ini berlaku, barulah timbul isu kebebasan bersuara, suhakam dan hak asasi manusia.
Bengong punya pendatang.
Setakat azan tak menjadi masalah...tetapi yang menjadi masalah bila pembesar suara masjid menjadi medan politik PAS untuk menyampaikan ceramah mereka menyerang, memaki hamun dan memfitnah kerajaan dan individu tertentu...kalau betul tidak mengapa...ia hanya bersumberkan halusinasi mereka yang gila sahaja...jemaah datang ke masjid hendak menggurangkan dosa..bukan hendak menambahkan beban dosa....pernah jemaah masjid bertanya "kalau ceramah politik terlalu banyak maka kuranglah jemaah masjid"...jawab penceramah bebas dan nazir masjid "memang kita tak mau orang UMNO datang masjid"...
BalasPadam