Ahad, Januari 16, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Perlu diingatkan, Nik Aziz bertemu dengan blogger Pro Pakatan Pembangkang. Bukan secara keseluruhan. Maka artikel ini hanya mengenai mereka yang berkenaan sahaja.

Laporan semalam menjelaskan bahawa Nik Aziz mengingatkan blogger di Negara ini supaya tidak menulis isu - isu yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Beliau berkata, peringatan itu bagi menyedarkan golongan terbabit agar tidak menyalahgunakan kemahiran dan kemajuan teknologi sehingga menyinggung perasaan pihak lain.

Nik Aziz menyatakan demikian ketika diminta menulas tujuan rancangan pertemuan beliau dengan 180 penulis blog dan pengguna laman sosial FB Pro - Pakatan Pembangkang di Kuala Lumpur semalam.

Wah, maknanya, Nik Aziz juga mengakui blogger dan pengguna FB dari kalangan puak penyokong tegar banyak menyalahgunakan kemahiran tersebut.

Tak hairanlah kenapa ada dikalangan mereka yang menggunakan bahasa biadap dan lansung tidak beretika dalam berblog. Malah portal mereka sendiri pun sudah banyak bukti salah lapor.

Jadi mereka perlu dengar nasihat Nik Aziz. Kalau tak dengar, jadilah macam si Khalid Gereja. Dah banyak kali jumpa Haron Din pun masih degil. Tetap juga menyokong DAP. Apa nak jadi? Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri ke? Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping