Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Semalam Semut siarkan sinopsis laporan yang menyatakan bahawa Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Hashimah Ali memohon agar diadakan Solat Hajat kerana tidak tahan diserang.
Isu Kemelut SUK Selangor ini semuanya jelas berpunca dari Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim sendiri.
Tetapi puak - puak Pakatan Pembangkang ini seolah - olah memberi gambaran bahawa pihak lain pula yang patut dipersalahkan dan perlu dipertanggungjawabkan.
Presiden PAS juga turut mendakwa Kemelut di Selangor itu adalah cubaan UMNO/BN merampas Selangor dengan cara yang tidak bertamadun.
Kalau betul lah kemelut itu berpunca dari UMNO/BN, kenapa ADUN Seri Muda ditahan Polis? Kenapa DYMM Sultan Selangor beria - ia bertitah agar tidak ada pihak mempolitikkan isu tersebut?
Kalau bercakap tak pernah guna akal, ini yang susahnya. Mereka memang jelas tidak mampu mengakui kesilapan diri sendiri dan cuba membetulkannya.
Lihat diri sendiri dulu, baru cakap pasal orang lain. Sendiri buat hal, sendiri tanggunglah. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.