
...Apa Sebenarnya Yang Hendak Mereka Sembunyikan???...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Laporan semalam menyatakan bahawa Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) percaya si Karpal Singki Pecah itu memiliki bukti terhadap Anwar.
Mereka percaya apa yang didedahkan oleh Karpal pada tahun 1997 bahawa beliau mempunyai bukti mengenai salah laku seks si Ketua Penipu itu adalah benar.
Pengerusinya, Hamizun Khairuddin berkata adalah tidak mungkin Karpal yang mendedahkan perkara tersebut dalam Sidang Dewan rakyat berbohong pada waktu itu.
Sebelum ini, si Karpal Singki Pecah ini cuba hendak melarikan diri dari disaman oleh Ummi Hafilda dengan alasan yang hanya diketawakan oleh rakan peguam lain.
Jika betul Ummi sudah tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk memfailkan saman tersebut, adakah bukti yang dimiliki oleh Karpal itu juga begitu?
Rakyat mahu tahu, apa buktinya yang Karpal ada sehingga mengakibatkan beliau membuat dakwaan tersebut dalam sidang Dewan Rakyat pada tahun 1997?
Adakah bukti yang dimilikinya itu tidak boleh dipakai hari ini? Kalau boleh, kenapa tidak dijadikan sebahagian bahan bukti dalam kes salah laku seks si Ketua Penipu itu sekarang?
Nampak sangat 'wayang' politik Karpal dan Anwar sudah semakin terdedah dan tidak dapat disembunyikan lagi. Adakah mereka anggap rakyat sebodoh itu hendak dipermain - mainkan? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.

0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.