Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ini yang orang kata sudah pekak, tuli pula. Nampak sangat Yang DiPertua PAS Shah Alam ini sengaja memomokkan cerita mengikut selera sendiri sahaja.
Ahli Parlimen Shah Alam itu mendakwa UMNO mempergunakan Yang DiPertuan Agong untuk menarik Mursyidul Am PAS, Nik Aziz dalam pertemuan bulan lepas.
Beliau turut menyatakan bahawa UMNO jelas terdesak sehingga sanggup menggunakan Seri Paduka Baginda untuk menjemput pemimpin PAS menghadiri jamuan itu.
Jelas si Khalid James Samad ini tidak mendengar apa yang telah diucapkan oleh Nik Aziz sebelum ini dimana beliau menyatakan pertemuan itu tidak sifat politik.
Dan jika benar dakwaan Khalid mengenai satu taklimat yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS mengenai perkara tersebut, jelas kata - kata Nik Aziz sebelum ini tidak boleh dipakai.
Malah Khalid secara tidak lansung mencalar kredibiliti Nik Aziz dengan gelaran Tok Guru. Bagaimana mungkin seorang Tok Guru boleh ingkar kata - katanya sendiri? Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.