Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Tidak dinafikan, isu yangs sedang melanda politik Negara mengenai kes Menteri Rogol pembantu rumah ini merupakan pemahaman klasik dalam psikologi.
Terutamanya parti pembangkang yang diterajui oleh si Ketua Penipu yang memang terkenal dengan tipu helah.
Borak - borak di kedai kopi hari ini, beberapa orang memberikan pendapat masing - masing. Diantara contoh yang mereka ambil ialah mengenai seekor gajah mati didepan KLCC.
Walaupun pada mulanya agak bingung dan sukar dipercayai, tetapi setelah cerita itu diulang untuk beberapa kali serta diceritakan semula oleh beberapa orang dan disertai perincian, maka kisah itu akan menjadi benar.
Manifestasi Faust yang Semut maksudkan ialah tipu helah. Isu Menteri Rogol Amah ini sebenarnya hanya satu tipu helah kerana penipuan itu diulang - ulang cerita.
"The Bigger The Lie, The Easier It Will Be The Truth". Ini disebabkan sumber asalnya, blog Rocky Bru tidak menyatakan nama Menteri berkenaan.
Tetapi jika ianya diulang - ulang beberapa kali, maka ianya menjadi benar. Taktik itu sangat sinonim dengan Ketua Penipu untuk memperdayakan rakyat.
Jadi jangan kita keliru dengan permainan psikologi puak - puak tertentu tanpa mengetahui agenda asal mereka. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.