Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Ini yang orang kata dah terantuk baru nak terngadah. Nampak sangat Menteri Besar Selangor tidak membuat kerjanya sebelum ini.
Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen semalam untuk memberi penjelasan mengenai cadangan memanggil sidang DUN.
Sidang DUN itu akan diadakan minggu keempat bulan ini bagi meminda perlembagaan Negeri untuk mengembalikan lantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang - undang kepada Negeri dan Sultan.
Beliau juga turut menyatakan bahawa sidang DUN itu tidak akan ada usul tidak percaya terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi, walaupun dibantah oleh pemimpin Pakatan Pembangkang.
Nampak sangat DYMM Sultan Selangor menolak cadangan Khalid agar menarik balik lantikan Khusrin baru - baru ini.
Khalid juga jelas tidak ambil kisah mengenai perlembagaan Negeri sehingga dah berlaku kemelut seumpama ini baru beliau mahu mengadakan sidang DUN.
Dalam masa yang sama, memang layaklah si Shuhaimi, ADUN Seri Muda dikenakan tindakan kerana tuduhan serta dakwaan yang dilemparkan tidak berasas. Wallahualam.
Fikir - fikirkan lah.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.