Isnin, Januari 03, 2011

...Wajah Tenang Memulakan Tugas. Dalam Hati Siapa Tahu...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Walaupun diselubungi kontroversi dan tentangan dari Kerajaan Negeri, namun jatidiri yang ditunjukkan oleh Datuk Mohamed Khusrin Munawi ini sangat - sangat Semut kagumi.

Beliau tetap memulakan sesi tugas yang telah diamanahkan kepada beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang bermula hari ini.

Beliau yang mengenakan pakaian sut berwarna kelabu gelap serta bertali leher hitam berbelang putih dilihat memasuki pejabat barunya di Tingkat 19, bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Bekas Pengerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu hanya menyatakan "Tiada Masalah" sebelum memasuki pejabat tanpa ditahan oleh pegawai keselamatan.

Tahniah Semut ucapkan kepada YB SUK Selangor yang baru kerana tabah menghadapi dugaan dan sanggup berhadapan dengan rintangan.

Cuma Semut terfikir sejenak. Bagaimana agaknya keadaan beliau apabila kali pertama masuk menyertai Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri nanti? Tentu amat janggal. Wallahualam.

Fikir - fikirkan lah.
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping